Kebijaksanaan Agong penyelamat krisis, PN jangan terlalu selesa

SHAH ALAM – Perkembangan terkini politik negara membuktikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyelamatkan negara daripada perebutan kuasa dan krisis Perlembagaan dalam kalangan ahli Parlimen.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ketika negara berdepan pandemik Covid-19, ahli-ahli Parlimen sepatutnya memberi fokus terhadap pelan pemulihan negara.

Justeru menurutnya, setiap ahli politik perlu bertenang dan menumpukan sepenuhnya untuk membantu rakyat yang terkesan pandemik Covid-19 dan menyelesaikan pertelingkahan politik melalui saluran persidangan Parlimen kelak.

“Keabsahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan pada sidang Parlimen pada September dan dipersetujui oleh Seri Paduka Baginda.

“Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi telah menyelamatkan negara daripada terhimpit dalam kancah perebutan kuasa dan krisis Perlembagaan dalam kalangan Ahli Parlimen yang sepatutnya memfokuskan kepada pelan pemulihan negara dan membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid 19,”katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Noor Nirwandy berkata demikian mengulas berhubung perutusan khas Muhyiddin yang mengumumkan isu perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tidak wujud kerana beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

Artikel Asal : https://www.sinarharian.com.my/article/153725/BERITA/Nasional/Kebijaksanaan-Agong-penyelamat-krisis-PN-jangan-terlalu-selesa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Artikel Berkaitan