KUALA LUMPUR, 8 Februari – Lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia disifatkan sebagai pengiktirafan penting terhadap negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata lawatan itu mencerminkan hubungan diplomatik yang semakin erat antara kedua-dua negara susulan lawatan rasmi Datuk Seri Anwar ke India pada 2024.
Menurutnya, perkembangan itu membuktikan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang mempunyai kestabilan kepimpinan serta keupayaan menjana pulangan strategik positif kepada rakan antarabangsa.
“Kita harus ingat India merupakan negara yang selama ini menyokong komoditi teras Malaysia iaitu kelapa sawit, walaupun industri itu berdepan pelbagai ancaman propaganda dari luar negara.
“Namun India kekal konsisten menyokong komuniti kelapa sawit negara dan mempunyai banyak mekanisme kerjasama penting termasuk dalam bidang elektronik, keselamatan dan digitalisasi yang boleh dimanfaatkan bersama Malaysia.
Kredit: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kunjungan-modi-bukti-pengiktirafan-terhadap-kepimpinan-malaysia/











